suatu hari, pen bertemu kertas. coretan ungu pada tiap helaian kertas terasa begitu indah. setiap kali perasaan ini terasa berat, pen mencari kertas. begitu penting nye kertas bagi pen. pabila dilanda berbagai emosi pen sangat suka menari di permukaan kertas yang bisa memberi ketenangan kepada pen. seperti mana pen dan kertas begitulah pentingnya mereke pd diriku. merekalah tempatku meluahkan segalanye.
harini hari yang sangat malang buat diriku. mindaku terasa sarat yang amat sangat. dada terasa pedih dan berat. hulu hati terasa ngilu. tetapi bibir ini masih tersenyum. masih bisa menuturkan kata kata riang. bisa ketawa bergurau ria. namun, hatiku tetap sayu.
rintihan hati tidak dapat disorokkan. walaupon kucuba menahan, air mata tetap menuruni tiap lekuk pipi ku. makin aku sekati makin laju ia mengalir. makin aku menafikan makin kuat ia meruntun jiwaku.
aku. aku juga punya hati. aku juga punya perasaan yang kenal erti sakit. aku juga manusia biasa seperti kau. aku juga punya cerita hati yang ingin diceritakan. aku juga punya masalah seperti kau. aku juga punya komitment. cuma apa yang membezakan adalah kau dan aku. cara kita berbeza.
ku pinjamkan telinga dan bahu ku untuk mu dikala kau memerlukan. ku dengarkan tiap rintihanmu, tiap masalah yang membebanimu..tetapi izinkan aku bertanya..dimanakah kau tatkala aku amat memerlukan? siapa pula yang akan mendengarkan diri ini? siapa pula yang akan menjaga hati ini? aku, hatiku..akulah pemujuk sang hati yang setia.
tetapi, hari ini, hati ku terlalu sakit sehingga kan pabila aku memujuknya, ia terus terusan pedih, sebak di dada, bergenang air mata. hati ini terlalu immune dengan pujukan ku sendiri. apa yang harus aku lakukan untuk merawat hatiku?
kata kata yang kau lontarkan amat menikam tiap sudut hati ini. terasa diri ini hanya diperlukan dikala kau kesusahan. kau, kau dan kau..cukoplah sampai disini. cukoplah. ingin aku jeritkan kata kata ini pada kau agar kau bisa merasai apa yang aku rasai. agar ko bisa faham apa yang ingin aku kau fahami. mengertilah, aku juga punya hati.
maaf andai kata hati ini menjauh. maaf sekiranya aku pemendam setia.
wahai tuhanku. jauhkan aku dari sasaran keresahan ini. sejukkan hati ku ya Rabb. tenangkan jiwa ku. beriku sedikit kekuatan dan kesabaran. aku tidak keseorangan kerana aku tetap ada kau. tempat kucari ketenangan abadi. sesungguhnya suluhkanlah hatiku dengan cahayaMu. amin.

"aku tidak mendedahkan keresahanku jauh sekali untuk aku meminta agar kau mendengarkan"
~ listening to metafora ~
1 comments:
what's wrong beb?
are u ok?
anything u wana share?
Post a Comment