semua kerana abah

Author: ctjuliana / Labels: , ,


Hanya kini baru ku sedar,
apa yg ku lihat selama ini adalah realiti tersurat,
tanpa melihat apa yg tersirat,
mata hatiku terlalu buta,
terlalu buta untuk menilai besarnya jasa seorang lelaki bernama abah

Dialah,
orang yang maha gembira ketika mendapat tahu mak mengandungkan diriku,
Dialah, orang yang membisikkan suara merdu mengalunkan azan di telinga kecilku
Dialah,
yang mengendong, memberiku tempat duduk terbaek dengan mengangkatku duduk di bahunya,
Dialah, yang memelukku tika aku dalam ketakutan..

Namun begitu,

dia tidak pernah memanjakan ku,

tetapi dialah insan yang tidak akan tidur semalaman ketika ku sakit.

Remaja,

zaman remaja mengajarku erti kemarahan,

secara diam aku memprotes,
provokasi yang berlaku menyebabkan
aku
ingin melarikan diri dari semua,
Doaku dimakbulkan Allah,

Aku gembira dikala itu..


Di kejauhan,
dialah insan yang selalu berfikir,
bertungkus lumus memberi ku kesenangan,

dia rela melupakan keinginannya,
segala keperluanku diberikan,
segala permintaanku disempurnakan,
walaupun lambat penyempurnaannya,
dia tetap menyempurnakannya..


Kini,

baru kusedari,

garis garis kedutan di dahi abah kian menjalar,

tangannya kini kian kasar,
meskipun begitu,
abah tidak pernah berhenti..

Abah mengajarku erti berdirikari,
hanya kini aku tersedar,

pengajaranmu abah,

membuatkan ku lari dari mu,

mata hatiku terlalu buta,


Abah tidak pernah menyatakan perasaan bangga dan sayangnya padaku,

namun tindakan dan perilakunya mercerminkan segalanya,

Dia, begitu senang hati pabila aku menasihatinya berhenti merokok,

Dia, begitu senang hati pabila aku menceritakan pengalaman ku di hospital,
Dia, insan, seorang lelaki bernama abah..


Abah,

Dikesempatan ini,
sempena hari lahirmu ke 50..

ku coretkan secebis coretan untukmu,,

Tidak terbalas segala jasamu padaku..

kecuali, jazakallah bil jannah..

anakmu sentiasa mendoakan mu,
Selamat Hari Lahir Abah..

3 comments:

nuezz said...

karang sendiri ke nih...

miss AIN said...

sedih beb..
touching sgt!

ctjuliana said...

nuezz : yela..karya agong nihh..berilhamkan buku sehijau daun =D

ain : sob3 T.T

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment